Hamas: Hentikan Normalisasi Dengan Israel

Rusydan Yusup | 7 Oktober 2021, 9.48 PM

GAZA - Gerakan Pejuang Islam Palestin, Hamas, hari ini meminta pemimpin Arab dan Muslim untuk menolak sebarang perjanjian normalisasi dengan Israel kerana ia adalah sebuah "janji palsu" dari rejim tersebut.

Ketika memberi respon terhadap kenyataan yang dibuat oleh Menteri Luar Negeri Israel, Yair Lapid, ketua Biro Politik Hamas di Luar Negara, Sami Abu Zuhri menyatakan bahawa Hamas "sangat khuatir" terhadap tindakan Israel yang mempromosikan lebih banyak perjanjian normalisasi dengan negara-negara Arab.

Lapid dilaporkan menyatakan bahawa Amerika Syarikat dan "rakan serantau" bekerjasama dengan Israel bagi memperluaskan perjanjian normalisasi dengan lebih banyak negara Arab.

Abu Zuhri menjelaskan bahawa normalisasi dengan rejim Israel mempunyai kesan negatif terutamanya terhadap negara-negara yang terlibat dengan perjanjian tersebut. Normalisasi hubungan antara Arab dan Israel, tambahnya, turut merugikan perjuangan rakyat Palestin yang merupakan isu utama negara-negara Arab dan Muslim.

Pada tahun 2020, Israel telah menandatangani perjanjian normalisasi dengan UAE dan Bahrain; menyambung semula hubungan dengan Maghribi; serta mengumumkan perjanjian normalisasi dengan Sudan. - MEMO

 

© All rights reserved 2024, Aman Palestin