Hamas Kecam Pendirian Amerika Syarikat Nafi Hak Palestin

Rusydan Yusup | 9 November 2021, 9.00 PM

SEMENANJUNG GAZA - Dr Basem Naim, Ketua Biro politik dan Hubungan Luar Hamas di Semenanjung Gaza, mengecam undian Amerika Syarikat terhadap resolusi mengenai hak penentuan nasib sendiri oleh rakyat Palestin yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Ketiga Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Sambil menjelaskan bahawa ini merupakan bukti dwi-standard yang diamalkan Amerika Syarikat, Naim menganggap undian ini sebagai pengesahan pendirian permusuhan Amerika Syarikat  terhadap hak rakyat Palestin bagi menubuhkan sebuah negara yang merdeka.

Naim berkata bahawa undian daripada 158 negara yang menyokong resolusi itu, berbanding 6 negara, merupakan keputusan konsensus antarabangsa yang memihak kepada hak Palestin yang tidak boleh diketepikan. Ini juga menunjukkan bahawa Amerika Syarikat menentang konsensus ini bagi melindungi kepentingan dan jenayah yang dilakukan rejim Israel.

Naim menyeru Amerika Syarikat untuk mengkaji semula pendirian  yang memalukan ini dan menyelaraskan pendirian mereka selari dengan undang-undang antarabangsa dan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Naim juga meminta agar berhenti memberikan sokongan secara membuta tuli terhadap rejim Israel dan keperluan menghentikan jenayah berterusan mereka  terhadap rakyat Palestin. - Hamas

 

© All rights reserved 2024, Aman Palestin