Hamas Puji Pendirian Pemain Tenis Kuwait Tarik Diri Enggan Iktiraf Israel

Abiidah Fadzlan Shahidi | 29 Januari 2022, 7.30 AM

GAZA - Jurucakap Gerakan Kebangkitan Islam Hamas, Hazem Qassem menzahirkan penghargaannya terhadap pendirian pemain muda Kuwait Muhammad Al-Awadi, selepas beliau enggan berdepan dengan pemain dari negara haram Israel dalam kejohanan tenis yang diadakan di UAE. 

Qassem menegaskan dalam satu kenyataan akhbar hari ini bahawa pendirian asal bangsa Arab terhadap pemain Muhammad Al-Awadi ini adalah selaras dengan fitrah umat Islam dan akan tercatat dalam senarai pencapaian yang boleh  dihormati dan dibanggakan.

Beliau menambah lagi bahawa pendirian rasmi Kuwait dalam menolak normalisasi Israel dan mempertahankan setiap keaslian tanah Palestin serta menggagalkan semua ilusi untuk menghapuskan perjuangan Palestin layak diberikan pujian dan kemuliaan yang tinggi. - Shehab News

© All rights reserved 2024, Aman Palestin