Haniyeh Hubungi Keluarga Para Syuhada Jenin dan Baitulmaqdis dan Memuji Kepahlawanan Mereka

Mohd Qutaibah Ismail | 27 September 2021, 10.20 AM

SEMENANJUNG GAZA - Ketua Biro Politik Hamas Haniyeh mengucapkan takziah kepada keluarga mereka yang syahid semasa pertempuran bersenjata dengan pasukan Israel di kota Al-Quds dan Jenin hari ini. Beliau menyampaikan ucapan tersebut melalui panggilan telefon kepada pihak keluarga Ahmed Zahran, Mahmoud Humaidan, Zakaria Badwan dan Osama Sobhi.

Terdahulu, lima orang rakyat Palestin Palestin ini dibunuh oleh tentera Israel pada subuh hari Ahad lalu dalam operasi khas mereka untuk melakukan penangkapan besar-besaran di Tebing Barat dan wilayah Al-Quds. 

Haniyeh menzahirkan kebanggaan dan kemegahannya terhadap para syuhada yang gagah berani dalam mematahkan sekatan yang cuba dilakukan oleh Israel dan kumpulan mereka di Tebing Barat dan tetap menghidupkan api perjuangan selepas perang Saiful Quds. 

Haniyeh menekankan bahawa keempat-empat syuhada itu telah membuktikan bahawa Al-Aqsa dan Al-Quds mempunyai penjaga untuk membela mereka, dan peristiwa-peristiwa yang sedang berlaku di Tebing Barat, di dalam dan di luar Al-Quds ibarat para syuhada bangkit dengan gagah berani. Mereka menjalani kehidupan bagaikan di dalam penjara, mengejar dan berjuang untuk mencapai syahid.

Beliau juga memuji kegigihan ibu ayah para syuhada yang meniup makna ketabahan dan kesabaran bagi rakyat Palestin secara amnya dan Tebing Barat khususnya.

Setiap muslim yang turut serta menyumbang dalam perjuangan membebaskan tanah Palestin juga layak memperoleh kemuliaan kerana perjuangan ini adalah perjuangan mengembalikan kekuasaan Islam ke seluruh dunia. - Shehab Agency

 

© All rights reserved 2024, Aman Palestin