Hujan yang Sedikit, Air Bawah Tanah Semakin Berkurang, Tanaman Tidak Membuahkan Hasil

Miftahul Khair | 10 November 2021, 3.00 PM

SYRIA - Kehidupan penduduk Syria di kawasan pinggir bandar ketika ini boleh dikatakan terpaksa berhadapan dengan krisis air yang mengakibatkan penurunan kualiti hidup mereka di sana. Um Gharqan sehingga hari ini menjadi kawasan yang ketandusan air bersih sehingga menyebabkan masyarakatnya tidak mampu lagi untuk menetap di sana.

Dalam satu rencana yang dikeluarkan tabloid Independent, keadaan di Um Gharqan ibarat kawasan yang dilanda 'bencana besar' dengan kadar hujan yang sedikit, sumber air bawah tanah yang semakin berkurang akibat peningkatan jumlah telaga yang dibina di rumah persendirian serta sistem kumbahan yang tidak dapat diuruskan dengan baik.

Keadaan ini akan lebih teruk sekiranya tiada perancangan yang teliti dilaksanakan dalam kalangan pemerintah Syria kerana ia akan membuka ruang permasalahan lain seperti kehadiran penyakit berjangkit, persekitaran yang kotor dan lebih parah lagi adalah kematian yang meningkat.

© All rights reserved 2024, Aman Palestin