Israel Serang Sambutan Maulid, 49 Cedera

Miqdad Fadzlan | 20 Oktober 2021, 11.04 AM

PALESTIN - Tentera Israel telah menyerang rakyat Palestin yang meraikan sambutan Maulidur Rasul pada hari Selasa lalu mengakibatkan seramai 49 rakyat Palestin telah tercedera. 

Selain itu, dalam kejadian yang sama, 15 orang kanak-kanak berusia antara 13 tahun hingga 15 tahun juga telah ditangkap .

Sumber tempatan mengatakan bahawa tentera Israel bukan hanya sekadar menyerang pada satu tempat sahaja bahkan 3 tempat, di Pintu Al Amoud, Al Misrarah dan Jalan Sultan Sulaiman di bandar utama Palestin. - Quds News Network

 

© All rights reserved 2024, Aman Palestin