Isu Tahanan Terus Jadi Keutamaan Kami - Khaled Al-Azbat

Mohd Qutaibah Ismail | 17 Februari 2022, 04.30 PM

GAZA - Pemimpin Gerakan Perjuangan Bangsa, Khaled Al-Azbat, menegaskan bahawa isu tahanan di penjara rejim Israel tetap menjadi keutamaan rakyat kami.

Al-Azbat berkata dalam solidariti bersama tahanan yang dianjurkan oleh gerakan Ahrar di Gaza barat, "Rakyat kami, walaupun dipenjara dan diseksa, mereka membuktikan erti kepahlawanan dan perjuangan dalam pertempuran dengan warden penjara Zionis agar hidup sebagai bangsa bermaruah". 

Beliau menambah, "Kami berpesan kepada tahanan (saudara) kami yang berani bahawa hari-hari mendatang bakal membawa harapan buat mereka dan perjuangan mereka menegakkan keadilan akan tetap menjadi keutamaan rakyat kami, perjuangan kami, kumpulan nasionalis dan Islam kami”.

Al-Azbat menghargai semangat kesatuan rakyat Palestin yang berterusan dalam menghadapi kezaliman, penindasan dan penyeksaan rakyat Palestin di penjara Zionis. 

Beliau berkata, “Entiti Zionis sedang merosot, semua percubaan dan rancangan mereka dan penyokong mereka tidak akan berjaya di bumi kita”.  - Shehab News

© All rights reserved 2024, Aman Palestin