PALESTIN MEMBATALKAN PILIHANRAYA 2021

Presiden Palestinian Authority (PA) akan mengumumkan bahawa pilihanraya yang akan diadakan di Palestin akan dibatalkan berikutan tekanan-tekanan yang diberikan kepada semua pihak dan tidak terkecuali ancaman daripada Israel.

 

Pembatalan pilihanraya itu juga berikutan tindakan Israel yang menghalang warga Baitulmaqdis untuk turut serta dalam undian pilihanraya. Pilihanraya yang diadakan sewajibnya mendapat undian daripada keseluruhan warga Palestin.

 

Kenyataan turut dikeluarkan di akhbar Al-Quds yang menyatakan bahawa pembatalan pilihanraya tersebut adalah daripada tekanan oleh Amerika Syarikat (US) dan negara Arab. US juga berpendapat bahawa keputusan pilihanraya ini akan mengakibatkan Fatah tidak akan mendapat peluang yang besar untuk menang.

 

Maka tindakan ini telah menyebabkan sekali lagi hak rakyat Palestin untuk memilih pemimpin mereka dinafikan.

 

Sumber: Middle East Monitor

 

© All rights reserved 2024, Aman Palestin