Pelampau Yahudi Ceroboh Masjid Al-Aqsa

Faris Zalani | 27 Januari 2022, 6.51 PM

BAITUL MAQDIS - Seramai puluhan orang puak pelampau Yahudi telah memecah masuk ke Masjid Al-Aqsa di Baitul Maqdis sejak awal pagi hari Khamis. Mereka memecah masuk dengan diiringi oleh pihak berkuasa Israel yang mengawal mereka. 

Seramai lebih daripada 40 pelampau menceroboh masuk ke pekarangan Masjid Al-Aqsa. Mereka memasuki pekarangan masjid dari Pintu Damascus atau dipanggil Bab al-Amud. 

Mereka mengganggu orang Islam yang beribadah di masjid dengan ritual Talmud mereka di pekarangan masjid. 

Malah puluhan rakyat Palestin dihalau oleh pihak berkuasa Israel untuk memberi ruang kepada penceroboh Israel mengadakan ritual mereka. Dalam masa yang sama pihak berkuasa pula menyekat kebenaran penduduk Palestin yang lain daripada memasuki pekarangan masjid.

Dalam kejadian lain, Agensi berita Al-Qastal melaporkan, seramai 22 orang kanak-kanak Palestin ditahan semasa mereka sedang bermain salji di kawasan wilayah Tebing Barat. - Quds News

© All rights reserved 2024, Aman Palestin