Peranan Besar NGO Antarabangsa Membantu Mengurangkan Kadar Kebuluran di Yaman

Miftahul Khair | 4 Oktober 2021, 12.00 PM

MALAYSIA - Melihat kepada suasana dan keadaaan yang dihadapi oleh warga Yaman ketika ini, ia merupakan ruang dan peluang kita dalam memberikan bantuan yang terbaik buat mereka yang memerlukan di sana. Rakyat Yaman kini berada dalam keadaan yang serba daif ditambah lagi dengan hati yang dirundung kesedihan melihat anak-anak yang tidak cukup zat makanan.

Inilah masanya untuk rakyat Malaysia bersama-sama memahami dan mendalami keadaan di Yaman. Antara perkara yang amat dititik beratkan dalam membantu rakyat Yaman termasuklah dalam melengkapkan sumber bekalan asas mereka seperti bekalan makanan khasiat, bantuan pendidikan, bantuan susu untuk tumbesaran anak-anak dan juga perubatan bagi merawat mereka yang berhadapan dengan penyakit yang sukar untuk disembuhkan.

Formula kejayaan menyalurkan bantuan ini terletak kepada kesedaran masyarakat dalam memahami isu di Yaman dan juga peranan besar badan-badan kebajikan dalam membantu warga Yaman. Aman Palestin yang tidak asing lagi dengan menyalurkan bantuan kepada warga negara timur tengah (Palestin, Syria dan Yaman) memandang bahawa membantu Yaman merupakan satu usaha terbesar dalam isu kemanusiaan.

Tumpuan penuh terhadap isu Yaman dalam media sosial juga turut membantu dalam menyedarkan masyarakat seluruh dunia memandangkan saluran terbaik pada ketika ini adalah media sosial dan teknologi yang semakin canggih.

© All rights reserved 2024, Aman Palestin