PERDAMAIAN ARAB SAUDI - QATAR SATU USAHA KESATUAN ISLAM

Qatar dan Arab Saudi yang sebelum ini mempunyai pertelingkahan kini bersetuju untuk penjanjian damai di antara dua buah negara tersebut. ia juga sebagai tanda bahawa jurang di antara negara-negara Islam turut dapat dirapatkan semula.

Perjanjian damai di antara dua buah negara ini telah memberikan ruang yang luas khusus dalam memperluaskan semula ekonomi kedua-dua buah negara yang sehingga hari ini mengalami kerugian yang amat besar terutamanya dalam menghadapi pandemik COVID-19.

Pada tahun 2017, Arab Saudi, UAE, Bahrain dan Mesir melakukan sekatan ke atas Qatar kerana mereka menganggap Qatar membantu negar pengganas sedangkan tiada bukti kukuh yang menyatakan Qatar melakukan sedemikian.

Kini, pintu yang menghubungkan kedua buah negara itu dibuka semula dan aktiviti penerbangan juga telah dibuka untuk kedua buah negara terus melaksanakan aktiviti penerbangan.

 

======================

 

AMAN PALESTIN BERHAD

https://t.me/AMANPALESTINBERHAD

 

#AmanPalestin

#JomMenyumbang

#BangkitBerjuangBersama

© All rights reserved 2024, Aman Palestin