Pertemuan Abdel Fattah Al-Sisi, Naftali Bennett di Sharm Sheikh

Ammar Akib | 14 September  2021, 4.30 AM

 

MESIR - Presiden Mesir, Abdel Fattah Al-Sisi menerima lawatan rasmi Perdana Menteri Israel, Nafatli Bennett, semalam. Menurut jurucakap presiden, Bassam Radhi, pertemuan itu menyaksikan sesi perbincangan dua hala bagi mempertingkatkan keamanan serantau timur tengah khususnya wilayah Palestin.

 

Al-Sisi menegaskan bahawa Mesir menyokong semua usaha keamanan di timur tengah, berdasarkan penyelesaian dua negara dan resolusi antarabangsa, bagi memastikan keselamatan dan keamanan di rantau ini.

 

Beliau turut berkata, adalah penting bagi masyarakat antarabangsa untuk menyokong usaha mesir untuk membina semula wilayah Palestin, serta mengekalkan keamanan antara kedua-dua pihak, terutamanya langkah Mesir untuk meredakan ketegangan di Tebing Barat dan Jalur Gaza.

 

Dalam pada masa yang sama, Perdana Menteri Israel turut mengalu-alukan kerjasama antara kedua negara terutama dalam sektor perlancongan, kebudayaan, ekonomi dan keselamatan. Selain itu, Israel turut berhasrat untuk menjalinkan hubungan diplomasi dengan negara Mesir dalam jangka masa yang panjang.

 

Pertemua ini merupakan yang pertama bagi Presiden Mesir, Abdel Fattah Al-Sisi dan Perdana Menteri Israel, Naftali Bennett sejak peralihan kuasa pada Jun yang lalu. - Shehab Agency / Quds News

 

 

© All rights reserved 2024, Aman Palestin