Retorik Kepimpinan dan Konflik Perang Berterusan Membawa Kepada Kemunduran Yaman

Miftahul Khair | 6 Oktober 2021, 4.30 PM

YAMAN - Konflik kepimpinan di Yaman sudah bermula sejak tahun 1960-an yang dimulakan dengan Revolusi Iranisasi yang membawa kepada pergelutan pelbagai pihak yang cuba mendapatkan tampuk kepimpinan Yaman yang akhirnya membawa kepada pengabaian hak rakyat.

Peperangan yang berlaku di Yaman sehingga hari ini memberi impak yang besar buat institusi Islam di seluruh dunia kerana tidak mencerminkan peribadi Islam yang mencintai keamanan dan kemakmuran. Malah jika dilihat keadaan rakyatnya sendiri sudah terang lagi bersuluh menunjukkan rakyat Yaman amat memerlukan sumber bekalan asas untuk terus hidup dengan normal.

Peperangan yang berpanjangan akan membawa kepada kemusnahan harta benda yang banyak, kehilangan tempat tinggal, kawasan industri yang tidak dapat beroperasi dan mengganggu sistem kehidupan masyarakat harian. Hal-hal tersebut membawa kepada kemunduran masyarakat sekali gus melahirkan generasi-generasi yang tidak mampu membesar dalam kelompok yang membangun.

© All rights reserved 2024, Aman Palestin