Turki Bebaskan Warga Palestin Mahu Lari Ke Eropah

Abiidah Fadzlan Shahidi | 28 Januari 2022, 7.52 AM

RAMALLAH – Kementerian Luar Palestin telah memaklumkan bahawa Turki telah membebaskan sejumlah warga Palestin yang berada dalam tahanannya dua hari lalu berikutan percubaan mereka untuk berhijrah ke Eropah.

Beliau berkata, kedutaan Palestin di Turki sedang membuat susulan mengenai situasi pelarian Palestin yang ditahan di Turki dan beliau berjaya menghubungi pihak berkuasa Turki untuk membebaskan seorang ibu dan lima anaknya pada malam semalam, selain 20 kanak-kanak dan 16 yang lain dibebaskan pada waktu pagi semalam.

Tambahan, beliau berkata, kedutaan sedang meneruskan usaha untuk menghubungi pihak berkuasa Turki agar membebaskan semua rakyat Palestin yang berada dalam tahanan mereka. - WAFA

© All rights reserved 2024, Aman Palestin