Warga Lumajang Tarik Nafas Lega Bantuan Hadir Bantu Mangsa Gunung Berapi

Miftahul Khair | 21 Januari 2022, 3.00 PM

LUMAJANG - Bantuan buat warga Lumajang yang tiba pada Ahad lalu (16 Januari 2022) memberi ruang warga penduduk di sana menarik nafas lega kerana kehadiran Aman Palestin mengagihkan bantuan buat mangsa Gunung Berapi Semeru.

Bantuan tersebut diberikan kepada penduduk yang terjejas akibat letusan Gunung Berapi Semeru yang meletus pada Disember tahun lalu. Kunjungan Aman Palestin yang diwakili dua kakitangan dan seorang sukarelawan dapat melihat keadaan di sana yang amat menyayat hati dengan keadaan rumah yang di antaranya musnah keseluruhannya.

Bantuan yang diberikan ini adalah hasil daripada para penyumbang yang menyumbang kepada Aman Palestin melalui kempen TABUNG DARURAT SEMERU dan memberi manfaat kepada 280 buah keluarga (anggaran 1,120 orang) yang menetap di sana.

© All rights reserved 2024, Aman Palestin