14 Pegawai Pihak Berkuasa Palestin Dibicarakan Berhubung Kes Pembunuhan Nizar Banat

 

Rusydan Yusup | 27 September 2021, 10.29 PM

RAMALLAH - Mahkamah tentera Palestin pada hari Isnin memulakan perbicaraan terhadap 14 pegawai keselamatan yang dituduh memukul sehingga mati seorang pengkritik terkemuka Presiden Mahmoud Abbas, Nizar Banar yang menimbulkan protes meluas yang menyeru Mahmoud Abbas meletakan jawatan.

Kematian Nizar Banat ketika penangkapannya pada 24 Jun lalu telah membawa kepada peningkatan jumlah penentangan terhadap Pihak Berkuasa Palestin (PBP) pimpinan Mahmoud Abbas dan pasukan keselamatannya. Kumpulan hak asasi manusia mengatakan presiden tersebut sering menjalankan proses penangkapan terhadap para pengkritik mereka di Tebing Barat namun Abbas menafikan tuduhan itu.

Hasil bedah siasat yang dilakukan pada hari Banat meninggal dunia menunjukkan bahawa beliau dipukul di kepala dan di seluruh badan dengan batang logam yang menyebabkan kematiannya. PBA yang mempunyai kuasa pemerintahan sendiri yang terbatas di Tebing Barat telah berjanji untuk memastikan pihak yang bertanggungjawab dikenakan hukuman.

Para pegawai yang didakwa mengaku tidak bersalah ketika pendakwa membaca kertas pertuduhan yang merangkumi penyalahgunaan kuasa dan pelanggaran arahan ketenteraan.

Tetapi keluarga Banat telah menuntut agar para pegawai kanan Palestin dihukum atas kematian ahli keluarga mereka itu, dengan menuduh Abbas dan perdana menteri, Mohammad Shtayyeh, menyembunyikan kesalahan.

Ghassan, saudara Banat yang berada di luar mahkamah mengatakan kes pengadilan ini adalah kes yang tidak lengkap, dan semua orang di dalamnya adalah hanya kambing hitam, daripada menteri dalam negeri, sehingga lah ketua Perkhidmatan Keselamatan Pencegahan semunya berpihak kepada penjara.

Jurucakap Perkhidmatan Keselamatan Talal Dweikat mengatakan pada 5 September bahawa siasatan dalaman mendapati timbalan pengarahnya di kota Hebron, iaitu tempat Banat ditangkap, tidak terlibat dalam kematiannya. Peguam pegawai yang didakwa juga tidak memberikan sebarang komen.

Dengan lebih daripada 100,000 pengikut di Facebook, Banat sering menuduh PA melakukan rasuah dan mengkritik tindakan Abbas menangguhkan pilihan raya yang sepatutnya telah berlangsung. Banat juga telah mendaftar sebagai calon parlimen untuk pilihan raya tersebut.

Dalam satu tinjauan yang terbaharu dilakukan, sebanyak 78% undian mahukan Abbas meletakkan jawatan. Tinjauan yang dijalankan oleh Pusat Kajian Dasar dan Penyelidikan Palestin mendapati, berlaku peningkatan sebanyak 10 peratus  berbanding  tinjauan yang dijalankan kumpulan itu tiga bulan sebelumnya, iaitu sebelum kematian Banat.

Perbicaraan seterusnya bagi 14 pegawai itu akan berlangsung pada 4 Oktober. - Reuters

© Hakcipta Terpelihara 2024, Aman Palestin