19 Kerja Pembinaan Bangunan Rakyat Palestin Dipaksa Henti Rejim Israel

Abiidah Fadzlan Shahidi | 12 Mei 2022, 8.15 AM

HEBRON – Tentera rejim Israel memaksa menghentikan kerja pembinaan 19 bangunan milik penduduk Palestin di timur Yatta, di selatan Hebron, menurut seorang aktivis tempatan.

Penyelaras Jawatankuasa Perlindungan dan Kebajikan di Masafer Yatta, Fouad al-Amour, melaporkan kepada portal berita WAFA bahawa tentera rejim itu menyerbu dua kawasan di timur Yatta petang semalam sejurus mengeluarkan notis arahan menghentikan kerja pembinaan enam kediaman dan 13 struktur pertanian milik penduduk Palestin termasuk kandang haiwan ternakan, bangsal dan bangunan lain.

Terbaru awal pagi semalam, tentera rejim melakukan operasi perobohan secara besar-besaran di kawasan Masafer Yatta. Sekurang-kurangnya 20 bangunan, termasuk kediaman, bangsal pertanian, khemah dan kandang haiwan ternakan dirobohkan rejim. - WAFA

© Hakcipta Terpelihara 2024, Aman Palestin