2 Pendatang Haram Yahudi Cedera di Sheikh Jarrah

Mohd Qutaibah Ismail | 13 Februari 2022, 12.08 PM

BAITUL MAQDIS - Dua orang pendatang haram Yahudi cedera di kawasan kejiranan Sheikh Jarrah di Baitulmaqdis semalam.

Menurut sumber Ibrani, seorang daripada mereka cedera ringan akibat dipijak ketika pertempuran di kawasan kejiranan tersebut.

Sumber juga mengatakan, polis rejim Israel mendakwa telah menahan pemandu yang memijak pendatang haram Yahudi itu.

Sumber itu menambah, seorang lagi penduduk cedera ringan terkena balingan batu semasa pertempuran berlaku.

Semalam sekumpulan pendatang haram Yahudi membuat provokasi terhadap penduduk Palestin di kawasan kejiranan tersebut dan membaling batu ke arah rumah-rumah mereka. Tentera rejim Israel turut menyerang penduduk Palestin yang cuba melawan dengan bom tangan dan gas pemedih mata. - Shehab News

© Hakcipta Terpelihara 2024, Aman Palestin