20 Rakyat Palestin Ditahan oleh Rejim Israel

Abiidah Fadzlan Shahidi | 26 Januari 2022, 9.20 AM

RAMALLAH – Tentera rejim  Israel telah menahan sekurang-kurangnya 20 rakyat Palestin, termasuk bekas banduan semasa operasi serbuan berskala besar di beberapa kawasan di Tebing Barat.

Di Bethlehem, tentera rejim telah menahan lapan rakyat Palestin, termasuk dua adik-beradik, manakala di Jenin, empat rakyat Palestin termasuk seorang lelaki yang cedera dan seorang bekas banduan telah ditahan.

Dalam masa yang sama, tentera rejim Israel telah menahan tiga orang, termasuk dua bekas banduan, dari Ramallah. Di Hebron, lima lagi rakyat Palestin telah ditahan. - WAFA

 

© Hakcipta Terpelihara 2024, Aman Palestin