26 WARTAWAN MENJADI MANGSA TAHANAN ISRAEL

23 April, 2021

Sumber melaporkan seramai 26 wartawan Palestin telah ditahan oleh pihak berkuasa Israel atas pertuduhan melakukan aktiviti mengambil liputan dan menyiarkan berita mengenai keadaan di Palestin di media sosial.

 

Pejabat media Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) memandang tindakan ini adalah satu serangan dan provokasi paling tidak berperikemanusiaan terhadap wartawan dan pengamal media di Palestin.

 

Bukan sekadar diganggu semasa melaksanakan liputan, malah mereka yang ditahan turut diseksa dan didenda akibat aktiviti tersebut. Turut ditahan adalah Alaa Al- Rimawi, wartawan Al-Jazeera di Ramallah setelah Tentera Rejim Israel menyerbu rumahnya.

 

Sumber: ISMAweb / Agensi

© Hakcipta Terpelihara 2021, Aman Palestin