4,500 Rakyat Palestin, 180 Kanak-kanak, 34 Wanita Dipenjara Akhir Januari

Abiidah Fadzlan Shahidi | 11 Februari 2022, 8.30 AM

PALESTIN - 4,500 warga Palestin ditahan rejim Israel, termasuk 500 tahanan pegawai kerajaan yang ditahan tanpa tuduhan atau perbicaraan, menjelang akhir Januari 2022.

Laporan Persatuan Sokongan Tahanan dan Hak Asasi Manusia Addameer mencatatkan 4500 warga Palestin ditahan di penjara Israel menjelang akhir Januari 2022.

Antara yang ditahan ialah 500 pegawai kerajaan ditahan tanpa pertuduhan atau perbicaraan termasuk 180 kanak-kanak dan 34 wanita.

Bilangan tahanan Palestin yang berdepan hukuman melebihi 20 tahun ialah 499 manakala 547 tahanan berdepan hukuman penjara seumur hidup.

122 tahanan Palestin yang berdepan hukuman melebihi 20 tahun dan 25 tahanan Palestin sebelum perjanjian Oslo.

70 tahanan merupakan rakyat dari wilayah Palestin terjajah sejak tahun 1948 manakala 500 tahanan dari Baitulmaqdis dan 230 banduan dari Gaza.

Pada tahun 2020 sahaja, rejim Israel menangkap 4,634 rakyat Palestin, termasuk 543 kanak-kanak dan 128 wanita selain mengeluarkan 1,114 perintah penahanan pegawai kerajaan.

Pada tahun 2021, rejim Israel menahan lebih 8000 rakyat Palestin, termasuk 1300 kanak-kanak di bawah umur 18 tahun serta 184 wanita, selain mengeluarkan 1595 perintah penahanan terhadap pegawai kerajaan. - Quds News

© Hakcipta Terpelihara 2024, Aman Palestin