ADAKAH PALESTIN AKAN MENANG?

Saban tahun rakyat Palestin berjuang bermandi darah demi mempertahankan tanah air mereka yang pada ketika ini dirampas oleh Zionis Israel. Bukan sekadar dirampas, rakyat Palestin juga ditindas dari pelbagai sudut seperti catuan bekalan elektrik yang tidak masuk akal, kekurangan peluang pekerjaa, kekurangan bekalan air bersih dan lain-lain.

 

Persoalannya, adakah Palestin akan menang?

 

"Palestin tidak akan menang selagi umat Islam di seluruh dunia tidak membuka mata dan tidak berusaha untuk membantu rakyat Palestin. Bantulah walau dalam apa jua bentuk bantuan seperti menghulurkan bantuan kewangan, bekalan makanan, membantu menyebarkan maklumat mengenai Palestin dan hak-hak mereka serta usaha-usaha yang lain. Palestin dan kita adalah saudara, saudara sesama Islam dan saudara sesama manusia", menurut Ustaz Awang Suffian dalam siri ceramahnya.

 

Allah SWT telah menjanjikan kemenangan kepada mereka yang berusaha atas jalan Islam dalam ayat-Nya;

Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu. (Surah Muhammad,7)

 

Pada hari ini, umat Islam sedikit demi sedikit telah menyedari kebenaran yang sepatutnya diperjuangkan dan ia merupakan bibit-bibit kemenangan yang mula kelihatan. Perjuangan mempertahankan Palestin bukan hanya mengangkat senjata, bahkan perjuangan yang dilakukan adalah perjuangan untuk mendapatkan redha Allah SWT. Maka, teruskan lah berjuang mempertahankan Palestin walaupun dengan usaha yang sedikit dengan harapan semoga usaha tersebut menjadi pemberat amalan kebaikan di akhirat kelak.

© Hakcipta Terpelihara 2024, Aman Palestin