Anjing Israel Guna Anjing Tangkap Remaja Palestin

Abiidah Fadzlan Shahidi | 17 Februari 2022, 9.12 AM

RAMALLAH - Perdana Menteri Palestin, Mohammad Shtayyeh semalam menyatakan perasaan terkejut beliau terhadap cara Malik Maalla, 19 tahun ditahan tentera rejim Israel dengan melepaskan seekor anjing liar untuk membahamnya. 

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabatnya, Perdana Menteri menyeru Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan semua pertubuhan hak asasi manusia antarabangsa untuk mengecam tindakan rejim Israel terhadap tahanan Palestin.

Suruhanjaya Hal Ehwal Banduan dan Bekas Banduan berkata organisasi itu telah menemui perincian mengenai kekejaman penahanan Maalla bahawa sekumpulan tentera rejim menyerbu sebuah kilang di al-Bireh, tempat Maalla bekerja sebagai pegawai keselamatan, isnin malam yang lalu. Tentera rejim melepaskan anjing dan menyerang beliau tanpa henti. Maalla kemudian dibawa ke tempat yang tidak diketahui malah keluarganya tidak mempunyai sebarang maklumat mengenainya hingga kini. - WAFA

© Hakcipta Terpelihara 2024, Aman Palestin