BDS Puji Pelajar Universiti Georgetown Halang Lawatan ke Israel

Abiidah Fadzlan Shahidi | 12 Mac 2022, 8.20 AM

RAMALLAH – Pergerakan Boikot, Pencairan dan Sekatan Menentang Israel (BDS) telah memuji graduan dan pelajar sarjana muda di Universiti Georgetown yang berpangkalan di Washington susulan berjaya menghalang pembiayaan pelajar sebanyak $30,000 daripada digunakan untuk perjalanan propaganda kepada apartheid Israel.

Pelajar Georgetown menyertai ratusan jabatan akademik, program, pusat, kesatuan sekerja dan masyarakat serta puluhan ribu ilmuan, penyelidik, pelajar dan kakitangan universiti di seluruh dunia yang membela hak Palestin dan menggesa akauntabiliti untuk apartheid Israel.

Menurut kenyataan Pergerakan berkenaan semalam, “Perjalanan tersebut bertujuan untuk menunjukkan Israel dalam sisi positif, mengesah tarafkan tindakan tentera rejim, apartheid, penjajahan pendatang haram serta penafian selama beberapa dekad terhadap hak Palestin, termasuk hak untuk pendidikan”.

BDS menambah, "Israel telah mengebom dan merobohkan sekolah dan universiti Palestin, melakukan serbuan ketenteraan di kampus, termasuk menggunakan tembakan langsung dan gas pemedih mata bahkan mengenakan sekatan yang menghalang perjalanan ke kampus dan ke luar negara untuk mendapatkan biasiswa”.

“Israel telah mengumumkan prosedur baharu minggu ini dengan menyekat permit masuk untuk ahli fakulti dari luar negara dan pelajar antarabangsa yang ingin mengajar atau belajar di universiti Palestin”.

Banyak pertubuhan hak asasi manusia yang besar kini menggelar Israel sebagai negara apartheid dan rakyat Palestin telah lama menyeru untuk menamatkan campur tangan dalam penjajahan tentera rejim di semua peringkat seperti yang dilakukan untuk menamatkan apartheid di Afrika Selatan.

“Kami juga memberi tabik hormat kepada pelajar undang-undang Palestin yang menolak bulat-bulat percubaan menipu dengan memilih pelajar Palestin menggunakan propaganda, namun mereka enggan berkhidmat untuk rejim penindasan Israel,” tambah pergerakan itu.

"Kami menyokong pelajar undang-undang Palestin dan pelajar Universiti Georgetown dalam menggesa semua pelajar untuk menolak perjalanan propaganda itu dan berusaha untuk memastikan universiti ini menolak hubungan dengan pertubuhan ini yang sengaja memusnahkan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan yang dilakukan terhadap penduduk Pribumi Palestin”. - WAFA

© Hakcipta Terpelihara 2024, Aman Palestin