BERHATI-HATI DALAM PENYEBARAN BERITA PALSU DAN FITNAH

21 January, 2021

Masyarakat disarankan untuk tidak terus menyebarkan berita yang tidak pasti kesahihannya dan mengelak daripada menggunakan maklumat-maklumat palsu untuk kepentingan diri.

Setiap hari kita akan berhadapan dengan pelbagai maklumat palsu dan tidak sahih. Terdapat juga masyarakat yang terus percaya dengan berita tersebut dan terus menyebarkannya.

Penyebaran berita palsu inilah yang akan mengakibatkan segala gerak kerja pihak yang difitnah terjejas sekaligus merugikan pihak yang difitnah.

Bertindak bijak dalam berkongsi sesuatu berita dan selidik terlebih dahulu sebarang berita yang mencurigakan.

======================

AMAN PALESTIN BERHAD

https://t.me/AMANPALESTINBERHAD

 

#AmanPalestin #JomMenyumbang #BangkitBerjuangBersama

© Hakcipta Terpelihara 2021, Aman Palestin