Biden ‘Arah’ Israel Henti Konfrontasi Sheikh Jarrah

Abiidah Fadzlan Shahidi | 17 Februari 2022, 7.50 AM

WASHINGTON - Pentadbiran Presiden AS Joe Biden meminta kerajaan rejim Israel untuk menenangkan ketegangan Sheikh Jarrah di Baitulmaqdis.

Laman sesawang Axios petang semalam mendedahkan bahawa pentadbiran Biden meminta Israel mengambil langkah untuk mengelakkan peningkatan ketegangan dan mengembalikan keamanan Sheikh Jarrah di Baitulmaqdis.

Konfrontasi semakin memuncak apabila seorang anggota Parlimen Israel, Itamar Ben Gkir menceroboh Sheikh Jarrah dan menubuhkan pejabat Parlimen kawasan di situ selain serangan pendatang haram Yahudi ke atas rumah penduduk Sheikh Jarrah. - Shehab News

© Hakcipta Terpelihara 2024, Aman Palestin