Duta Hungary Diminta Batal Perjanjian Bina Bandar Dengan Israel

Abiidah Fadzlan Shahidi | 16 Februari 2022, 8.10 AM

RAMALLAH – Setiausaha Kementerian Luar Palestin, Amal Jado Shakaa, memanggil duta Hungary ke Palestin semalam, Csaba Rada, untuk membantah perjanjian kerjasama dan menandatangani perjanjian berkembar antara bandar Hafiz Hungary dengan sebuah majlis penempatan haram Israel Samaria yang secara terang-terangan melanggar undang-undang antarabangsa dan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, khususnya Resolusi Majlis Keselamatan 2334 tahun 2016 mengenai penempatan haram kerana bercanggah dengan kedudukan dan dasar Kesatuan Eropah.

Kementerian Luar Negeri dan Ekspatriat menegaskan dalam satu kenyataan bahawa perjanjian itu memberi Israel lampu hijau untuk meneruskan penjajahannya terhadap rakyat Palestin dan merampas hak mereka, terutamanya hak untuk menentukan nasib sendiri. Tindakan Hungary ini tidak akan berjaya menekan kuasa penjajahan Israel untuk menghentikan pencerobohannya dan menamatkan penjajahannya di bumi Palestin.

Tambahnya, perjanjian ini mengabaikan penderitaan rakyat Palestin yang berada di bawah penjajahan Israel yang berterusan melalui dasar penindasan, Judaisasi serta pemindahan paksa untuk menggantikan mereka dengan pendatang haram Yahudi.

Kementerian meminta kerajaan Hungary untuk memberi tekanan kepada projek perbandaran Hafiz dan mengambil langkah undang-undang untuk membatalkan perjanjian itu dengan mematuhi undang-undang kemanusiaan antarabangsa yang terpakai untuk wilayah Palestin yang terjajah, undang-undang antarabangsa dan mematuhi undang-undang Kesatuan Eropah yang bersetuju mengenai pengharaman penempatan Israel. - WAFA

© Hakcipta Terpelihara 2024, Aman Palestin