Gerakan Tahanan Palestin Boikot Penjara Israel

Abiidah Fadzlan Shahidi | 21 Februari 2022, 6.50 AM

PALESTIN - Gerakan tahanan Palestin di penjara rejim Israel menegaskan semalam bahawa boikot terhadap penjara Israel tidak akan berhenti kecuali dengan kebebasan atau tamatnya penangkapan rakyat Palestin.

Dalam satu kenyataan, gerakan tawanan itu berkata: "Protes terhadap penjara sudah bermula dan tidak akan berhenti melainkan rejim menghentikan penangkapan atau membebaskan kami sepenuhnya." Gerakan itu menyeru rakyat Palestin turun bersolidariti bersama hari ini, di hadapan ibu pejabat Palang Merah.

Beliau menyambung ucapannya, "Kami menyeru saudara-saudara Palestin dan pewaris kehidupan rakyat Palestin (pelajar universiti) untuk menganjurkan protes pergerakan terbesar serta melancarkan perarakan ke semua cawangan dan universiti di negara ini." 

Gerakan tawanan memberi tabik hormat kepada orang-orang Palestin di Beita, Kafr Qaddoum, Masafer Yatta, Sheikh Jarrah, Beit Dajan dan Nabi Saleh, yang berjaga dan mempertahankan tanah Palestin dengan batang tubuh mereka, bahkan mereka menyeru untuk menyokong boikot pada hujung minggu ini.

Mereka juga menyeru semua pihak berkepentingan Palestin untuk mewujudkan perpaduan nasional yang dimulakan oleh tahanan di seluruh Tebing Barat, Baitulmaqdis dan Gaza. - Shehab News

© Hakcipta Terpelihara 2024, Aman Palestin