Hamas kutuk pembunuhan terancang terhadap Shireen Abu Aqleh

Nadhratul Hana’ Mohd Soberi | 11 Mei 2022, 4.20 PM

HAMAS - Harakah Muqawamah Islamiah (Hamas) mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan terhadap wartawan Palestin, Shireen Abu Aqleh oleh tentera Zionis Israel yang menyasarkan peluru hidup ke arah kepalanya pada pagi Hari Rabu, 11 Mei 2022, ketika beliau membuat liputan mengenai pencerobohan di Kem Pelarian Jenin.

Turut tercedera dalam kejadian ini seorang wartawan yang lain iaitu Ali Al-Samudi di bahagian belakang badannya. Hamas mengecam kejadian ini dengan menyifatkan jenayah pembunuhan yang terancang . 

Hamas menuntut pimpinan Zionis agar bertanggungjawab keatas jenayah kejam ini, kerana kelakuan mereka telah pun melanggar nilai-nilai dan undang-undang antarabangsa menegaskan bahawa jenayah yang kejam terhadap institusi akhbar

Di dalam kenyataan Hamas ini turut menyampaikan ucapan takziah dan simpati kepada keluarga Shireen Abu Aqleh kepada rangkaian media Al-Jazeera dan kepada semua institusi media di dunia Arab serta dunia Islam seterusnya, memuji kecemerlangan media dalam melaporkan peristiwa di Palestin dan penderitaan rakyat di bawah penjajahan Zionis Israel.

Selain itu, Hamas menegaskan bahawa jenayah yang berlaku ini tidak akan dapat menghalang peranan media dan wartawan dalam menyampaikan kebenaran serta realiti kekejaman penjajahan Zionis Israel di tanah yang suci ini. - Agensi Shehab

© Hakcipta Terpelihara 2022, Aman Palestin