Hamas Nafi Ada Perkembangan Terbaru Perjanjian Pertukaran Tahanan

Abiidah Fadzlan Shahidi | 21 Februari 2022, 7.32 AM

PALESTIN - Ketua Pegawai Hamas yang bertanggungjawab ke atas rakyat Palestin yang syahid, ditangkap dan cedera, Zaher Jabarin, menafikan kenyataan media Ibrani terhadap perkembangan terbaru mengenai perjanjian pertukaran tahanan dengan tentera rejim Israel.

Jabarin berkata dalam satu kenyataan akhbar, "tidak ada perkembangan terbaru dalam perjanjian itu kerana rejim Israel tidak mengambil sebarang langkah serius mengenai perjanjian ini”.

Tambahnya, kenyataan yang dikeluarkan Hamas dari semasa ke semasa bertujuan menghalang keluarga tentera Zionis yang ditawan tersebut daripada berpindah untuk memberi tekanan kepada rejim Israel. 

Jabarin menegaskan bahawa "telah timbul bibit kemarahan dan ketidakstabilan dalam entiti Zionis kerana Israel dilihat tidak serius untuk menyelesaikan perjanjian ini. Seorang pegawai terpenting mereka untuk perjanjian ini telah meletakkan jawatan”. - Shehab News

© Hakcipta Terpelihara 2024, Aman Palestin