IBADAH KORBAN BUKAN SEKADAR SEMBELIHAN

Dua bulan lagi, umat Islam akan menyambut bulan Zulhijjah. Di dalam bulan Zulhijjah, terdapat hari yang amat bermakna bagi umat Islam iaitu Hari Raya Aidiladha dan hari-hari tasyrik. Sinonim dengan Aidiladha, ia sering dikaitkan dengan amalan sembelihan yang sewajibnya dilakukan oleh umat Islam.

 

Namun, ibadah korban yang dilaksanakan pada bulan Ramadan bukan sekadar sembelihan. Ibadah korban yang dilaksanakan ini memerlukan niat yang benar iaitu dilakukan kerana Allah SWT dan berniat untuk berkongsi rezeki kepada mereka yang memerlukan. Bahkan terdapat banyak ganjaran yang tersirat yang tidak dapat digambarkan dengan mata kasar manusia apabila melihat kenikmatan melaksanakan ibadah korban.

 

"Ibadah korban yang kita laksanakan ini bukan sekadar ibadah sembelihan semata-mata, tetapi ia juga sebagai satu tanda bahawa kita telah menjalankan tugas kita sebagai umat Islam dalam melaksanakan syariat yang telah ditetapkan dan tugas kita sebagai manusia yang berjaya memberikan bantuan kepada yang memerlukan", menurut Ustaz Awang Suffian dalam ucapannya.

 

Ayuh umat Islam di seluruh dunia khususnya di Malaysia, marilah kita bersama-sama menanam niat untuk melaksanakan ibadah korban pada tahun ini. Sentiasa tanamkan di dalam hati bahawa kemungkinan kita tidak akan bertemu lagi pada tahun hadapan, maka inilah masanya untuk kita melaksanakan ibadah korban.

 

Salurkan sumbangan anda ke akaun Aman Palestin Berhad:

Bank Islam: 12029010047880

Maybank: 562263010787

CIMB: 8600460353

 

Atau Hubungi kami di talian

 

03-89267019- Pejabat 

018 2903013-Cik Nabila

 

#AmanPalestin

#JomMenyumbang

© Hakcipta Terpelihara 2024, Aman Palestin