Israel Halau Penduduk Dengan Bom, Roboh Rumah

Abiidah Fadzlan Shahidi | 26 Januari 2022, 8.19 AM

BAITUL MAQDIS - Rejim Zionis Israel telah meroboh rumah keluarga Palestin Karama selepas memberi arahan mengosongkannya secara paksa dan mengusir penduduknya di kejiranan al-Tur, timur bandar Baitul Maqdis, pada hari Selasa.

Sumber tempatan melaporkan bahawa tentera rejim telah mula merobohkan rumah keluarga Karama, sejurus selepas mengosongkan rumah secara paksa dan memindahkan penduduknya.

Menjelang operasi merobohkan rumah itu,, tentera rejim Israel menyerang penduduk, termasuk wanita dan melepaskan bom dan gas pemedih mata. Mereka juga menyerang wartawan yang sedang mendokumentasikan operasi rejim Zionis dalam merobohkan rumah keluarga itu.

Keluarga itu berkata mereka tidak pernah menerima perintah perobohan untuk rumah atau arahan pengusiran. Secara tiba-tiba tentera rejim Israel tiba-tiba mengepung rumah itu dan secara paksa memberi arahan mengosongkan rumah mereka dan memindahkan penduduk.

Terdapat 10 orang yang tinggal di bangunan itu, termasuk kanak-kanak. - Quds News

© Hakcipta Terpelihara 2024, Aman Palestin