Israel Musnah Premis Rakyat Palestin

Faris Zalani | 15 Februari 2022, 11.13 PM

TEBING BARAT – Tentera rejim Israel memusnahkan sebuah premis milik rakyat Palestin di wilayah Beit Hanina Selasa lalu. 

Tentera rejim menceroboh perkampungan dan memusnahkan premis tersebut atas arahan majlis perbandaran rejim Israel. Premis tersebut merupakan galeri jualan kereta yang diusahakan oleh penduduk Palestin di situ. 

Pemilik premis tersebut berkata, “Arahan merobohkan premis itu berlaku serta merta tanpa beliau mendapat sebarang makluman daripada majlis perbandaran tersebut.”

Dengan menggunakan alasan bangunan tidak berdaftar, pihak berkuasa Israel sewenang-wenangnya merobohkan tersebut untuk meluaskan lagi kawasan jajahan Israel. 

Pada masa yang sama, majlis perbandaran rejim Israel membina puluhan ribu rumah di kawasan penempatan haram Yahudi. 

Israel telah menceroboh kawasan Jerusalem dan membina penempatan di situ sejak tahun 1980. Tindakan ini mencabul pelbagai hak-hak asasi penduduk asal Palestin.

Manakala, ratusan keluarga penduduk Palestin menerima ancaman diusir dari tanah mereka. Tanah tersebut bakal didiami secara haram oleh Yahudi bantuan penuh dari rejim Israel. 

Terdapat lebih 700,000 pendatang haram Israel di 256 penempatan haram di sekitar Tebing Barat terutamanya di kawasan timur Baitulmaqdis. 

Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Land Research Centre pada tahun 2021, tentera rejim Israel memusnahkan sebanyak 950 bangunan milik rakyat Palestin di sekitar Tebing Barat dan Baitulmaqdis. - Quds News

© Hakcipta Terpelihara 2024, Aman Palestin