Israel Rampas Traktor Rakyat Palestin

Abiidah Fadzlan Shahidi | 18 Februari 2022, 7.47 AM

TUBAS – Tentera rejim Israel merampas sebuah traktor persendirian milik rakyat Palestin di Lembah Jordan, timur Tebing Barat semalam menurut sumber tempatan.

Aref Daraghma, seorang aktivis hak asasi tempatan, memberitahu portal berita WAFA bahawa tentera rejim Israel merampas sebuah traktor milik Ayman Gharib, penduduk sebuah kampung di situ ketika dia sedang menggunakan traktor itu berhampiran kampung Al-Auja di Lembah Jordan, kira-kira 6 kilometer ke utara Jericho. - WAFA

© Hakcipta Terpelihara 2024, Aman Palestin