Israel Sekat Bantahan Aman Rakyat Palestin

Abiidah Fadzlan Shahidi | 13 Februari 2022, 7.50 AM

HEBRON  – Tentera rejim Israel menahan aktivis Palestin dan antarabangsa yang melakukan bantahan aman, semalam susulan serangan pendatang haram Yahudi yang menyerang sekumpulan pengembala Palestin di bukit Hebron selatan.

Menurut Fouad al-Imour, seorang aktivis tempatan, apabila ditemubual portal berita WAFA, tentera rejim melepaskan gas pemedih mata dan bom tangan ke arah penunjuk perasaan untuk membubarkan bantahan mereka.

Penduduk Palestin tersebut menuntut agar pendatang haram Yahudi menghentikan keganasan terhadap pengembala di kawasan itu dengan tujuan untuk memaksa rakyat Palestin meninggalkan tanah dan rumah mereka demi membina petempatan haram Yahudi di kawasan itu.

Penduduk Palestin di bukit Hebron selatan selama ini mendapat sumber rezeki dari aktiviti mengembala dan menternak. - WAFA

© Hakcipta Terpelihara 2024, Aman Palestin