Israel Serang Sekolah Punca Guru, Pelajar Dipindahkan

Abiidah Fadzlan Shahidi | 11 Mei 2022, 9.15 AM

NABLUS – Dua buah sekolah di bandar Burqa, Tebing Barat terpaksa memindahkan pelajar dan guru mereka dengan segera semalam susulan rejim zionis melepaskan tembakan peluru hidup ke arah sekolah tersebut. Perkara itu dilaporkan seorang pegawai kerajaan tempatan.

Menurut Ghassan Daghlas yang memerhati aktiviti penempatan haram Israel di situ, tentera rejim Zionis menembak peluru hidup ke arah sekolah-sekolah berkenaan susulan tercetusnya konfrontasi di kawasan itu, lapornya kepada wartawan WAFA.

Beliau menyatakan bahawa rejim zionis menyerang sekolah itu selama dua hari berturut-turut serta melepaskan gas pemedih mata sehingga mencetuskan situasi panik dan kes sesak nafas dalam kalangan pelajar. - WAFA

 

© Hakcipta Terpelihara 2024, Aman Palestin