Israel Tergugat, Lancar Perang Media Anti-Palestin

Abiidah Fadzlan Shahidi | 19 Februari 2022, 12.10 PM

RAMALLAH – Media Israel melancarkan perang media yang dipenuhi unsur fitnah dan hasutan berikutan persidangan Majlis Pusat Fatah awal bulan Februari.

Ahli Jawatankuasa Eksekutif Fatah, Menteri Hussein al-Sheikh, berkata semalam, “Sejak persidangan Majlis Pusat Palestin serta seruan ke arah dialog nasional, media Israel melancarkan perang media yang penuh dengan fitnah dan hasutan dengan tujuan menimbulkan perselisihan dan huru-hara,” kata al-Sheikh dalam tweet.

Beliau menambah, “Ini terbukti bahawa perpaduan kita adalah senjata yang menggugat rejim penjajah dan mampu meracuni kedudukan mereka. Perang media ini adalah tanda kebanggaan bagi kami dan kami adalah orang benar.” - WAFA

© Hakcipta Terpelihara 2024, Aman Palestin