Jeremy Corbyn: Iktiraf Palestin Segera Tanpa Syarat

Faris Zailani | 27 Februari 2022, 1.42 PM

UNITED KINGDOM - Bekas ketua Parti Buruh UK, Jeremy Corbyn menggesa supaya negara Palestin diberi pengiktirafan segera tanpa syarat. Beliau mengeluarkan kenyataan tersebut pada hari Khamis yang lepas semasa sidang parlimen. 

Beliau mengeluarkan ucapan demikian ketika UK mengiktiraf Palestin bersama-sama dengan Israel. Beliau membidas kenyataan tersebut dengan mengatakan, “kita sepatutnya menyokong penuh Palestin diberi pengikitrafan segera dan tanpa syarat”.

Bekas ketua parti Buruh itu juga menegaskan bahawa pembinaan penempatan haram Israel bertujuan untuk menyingkirkan penduduk Palestin yang telah tinggal di kawasan tersebut sejak sekian lama. Beliau juga mengambil kata-kata daripada mendiang Uskup Agung Desmond Tutu, “sebagai negara apartheid kamu tidak boleh berjalan secara bebas dan selesa seperti mana pendatang haram Israel”.

Corbyn juga berkata, beliau secara peribadi telah menyaksikan penderitaan penduduk Palestin akibat polisi Israel yang menghalau mereka daripada rumah-rumah mereka. 

Pengusiran penduduk di Sheikh Jarrah dan beberapa kawasan di Tebing Barat sejak kedatangan pendatang Israel pada tahun 1948 membuktikan, “inilah maksud penjajahan yang sebenarnya,” tegas beliau lagi.

Beliau turut mendakwa akibat daripada penjajahan yang berterusan, bilangan penduduk di Gaza yang mengalami masalah kesihatan mental semakin bertambah. - Quds News

© Hakcipta Terpelihara 2024, Aman Palestin