Jurucakap UK: Penempatan Israel Haram Menurut Undang-Undang

Abiidah Fadzlan Shahidi | 8 Mac 2022, 7.05 AM

BAITULMAQDIS - Jurucakap Kerajaan Britain di Wilayah Timur Tengah dan Afrika Utara (MENA), Rosie Dyas membuat kenyataan semasa lawatan ke kejiranan Baitulmaqdis di Beit Safafa bahawa penempatan Israel termasuk di Baitulmaqdis Timur adalah haram di bawah undang-undang antarabangsa.

Beliau turut menambah bahawa penempatan haram merupakan halangan untuk mencapai keamanan dan kestabilan dan mengesahkan pendirian jelas UK terhadap penempatan haram Israel.

Pegawai UK itu juga melawat pusat penjagaan kesihatan utama UNRWA di Kota Lama Baitulmaqdis untuk melihat secara langsung bagaimana sokongan UK membantu UNRWA. Beliau menegaskan komitmen UK untuk menyokong UNRWA memandangkan peranannya dalam memelihara kestabilan di seluruh rantau.

Beliau seterusnya menegaskan kedudukan UK adalah untuk mengekalkan status quo, termasuk penjagaan Jordan ke atas tapak suci. - WAFA

© Hakcipta Terpelihara 2024, Aman Palestin