Kediaman Tahanan Palestin Diroboh

Mohd Qutaibah Ismail | 14 Februari 2022, 10.00 AM

JENIN - Tentera rejim Israel merobohkan rumah seorang tahanan Palestin, Mahmoud Jaradat di bandar Al-Silah Al-Harithiya, barat Jenin, pagi Isnin lalu.

Tentera rejim sebelum itu menceroboh masuk ke bandar Al-Saila Al-Harithiya dengan sejumlah besar kenderaan untuk merobohkan rumah Jaradat. Jaradat, seorang lelaki yang terlibat dalam Operasi Homesh iaitu operasi bersenjata rakyat Palestin yang mengakibatkan kematian dan kecederaan di Homesh, Israel.

Pencerobohan bandar itu turut mencetuskan pertempuran bersenjata antara penduduk palestin dan tentera rejim yang mengakibatkan kematian seorang rakyat Paletsin dan kecederaan 11 orang yang lain.

Seluruh bumi Palestin kini sedang berkecamuk akibat penindasan dan penjajahan rejim Israel di Tebing Barat dan Baitulmaqdis. - Agensi

© Hakcipta Terpelihara 2024, Aman Palestin