Keluarga Palestin Dipaksa Roboh Rumah Sendiri

Mohd Qutaibah Ismail | 20 Januari 2022, 12.40 PM

BAITUL MAQDIS - Sebuah keluarga Palestin di Baitul Maqdis Timur telah dipaksa oleh perbandaran Israel di Baitul Maqdis Barat untuk merobohkan rumahnya sendiri bagi mengelak daripada membayar kos yang terlalu tinggi jika Majlis Perbandaran Israel yang melakukan operasi merobohkan rumahnya, lapor wartawan WAFA.

Rakyat Palestin tersebut, Faisal Jabari merobohkan rumahnya seluas 70 meter persegi yang dibina pada 2016 di kejiranan Wadi al-Joz di bandar yang dijajah selepas dia menerima perintah merobohkan rumah daripada Majlis Perbandaran Israel dengan alasan rumah itu dibina tanpa permit.

Majlis perbandaran memberi Jabari tempoh sehingga 25 Januari untuk merobohkan rumahnya, jika tidak mereka akan menghantar jentolak untuk melakukan perobohan tersebut  dan memaksanya membayar kos yang tinggi selain dibebani denda melebihi $20,000.

 

© Hakcipta Terpelihara 2024, Aman Palestin