Lagi Pemuda Palestin Maut Ditembak Tentera Israel

Faris Zailani | 24 Februari 2022, 3.53 PM

BETLEHEM - Seorang kanak-kanak, Mohammad Shahedah, 14 tahun telah mati terbunuh. Beliau meninggal dunia akibat ditembak oleh tentera Israel pada malam hari Selasa di bandar Al-Khader, Barat Betlehem . 

Shahedah ditembak menggunakan peluru hidup dan mengalami cedera parah semasa kekecohan yang berlaku di bandar Al-Khader. Kejadian berpunca daripada pencerobohan tentera Israel ke bandar Al-Khader dan berlaku tembakan yang mengenai beliau. 

Tentera Israel juga turut menghalang daripada van ambulas memasuki kawasan tersebut untuk memberi rawatan kecemasan terhadap beliau mengakibatkan beliau mengalami pendarahan yang teruk dan meninggal di tempat kejadian. 

Satu jam selepas kejadian, Menteri Kesihatan Palestin mengumumkan kematian Shahedah akibat kecederaan parah yang dialaminya. 

Kematian Shahedah berlaku hanya selepas beberapa hari kematian seorang pemuda Palestin, Nihad Barghouti, 19 tahun yang juga meninggal dunia akibat ditembak oleh tentera Israel. 

Tentera Israel telah membunuh ribuan penduduk Palestin di Tebing Barat sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Beberapa badan pertubuhan hak asasi manusia telah mengecam tindakan Israel itu kerana melampaui batas dalam menyerang dan menjajah penduduk Palestin. 

“Sikap melampaui batas ini mencerminkan sikap sebenar Israel  yang tidak menghargai nyawa penduduk Palestin dan harta benda mereka supaya Israel terus dapat melakukan keganasan  dan dapat mengawal nyawa rakyat Palestin,” ucap aktivis hak asasi manusia Israel, B’Tselem. 

B’Tselem telah melaporkan bahawa terdapat 77 kematian rakyat Palestin di Tebing Barat sejak tahun lepas sahaja. Lebih separuh daripada jumlah yang terbunuh itu tidak terlibat dalam apa-apa serangan. - Quds news

© Hakcipta Terpelihara 2024, Aman Palestin