
LAPORAN SUMBANGAN DIHANTAR BAGI KEMPEN IBADAH KORBAN DAN AKIKAH 2019
30 December, 2019
⚡️Alhamdulillah pada tahun ini, Aman Palestin berjaya menerima sebanyak RM3,930,016.68 dari penyertaan para peserta ibadah korban bagi kempen Ibadah Korban dan Akikah Palestin dan Syria tahun 2019.
.
✅ Seramai 63,640 buah keluarga mendapat manfaat daripada pelaksanaan ibadah korban dan akikah ini.
✅Sebanyak 400 ekor lembu dan 813 ekor kambing telah disumbangkan oleh muslimin dan muslimat bagi tujuan korban dan akikah pada musim Aidiladha tahun ini.
✅Pembahagian daging telah diagihkan kepada rakyat Palestin, Syria, Bangladesh dan Malaysia.
⚡️Berikut adalah laporan perlaksanaan Ibadah korban dan Akikah Aman Palestin 2019 (1439H):
1️⃣ PALESTIN
-Seramai 22,073 keluarga menerima daging.
-Terdiri daripada 104 lembu dan 266 ekor kambing.
-Pembahagian daging merangkumi kawasan Gaza, Tebing Barat dan Baitulmaqdis.
2️⃣ SYRIA
-Seramai 7,508 keluarga menerima daging.
-Terdiri daripada 6 ekor lembu dan 447 ekor kambing.
-Pembahagian daging merangkumi kawasan Idleb iaitu Sarmada, Jisr Aishughur, dan Muaaret Alnoamn.
Manakala di Aleppo pula meliputi kawasan Atarib Andan Afrin.
3️⃣ LUBNAN
- Seramai 15,300 keluarga menerima daging.
- Terdiri daripada 50 ekor lembu dan 91 ekor kambing.
-Pembahagian daging merangkumi kawasan Utara & Beqaa Camps, Beirut Camps, Saida Camps, Tyr(Sour) Camps, Aarsal, Bar Alias, Beqaa dan Akkar.
4️⃣ BANGLADESH
- Seramai 8,400 keluarga menerima daging.
-Terdiri daripada 62 ekor lembu.
-Pembahagian daging merangkumi kawasan Kem Kutupalong, D6 Cax’s Bazar, Perkampungan Noniyar Sora, Collage Gate, Jianga, Ukhiya, Muhajer Para, Sandar Para, Mahuri Para.
5️⃣ MALAYSIA
- Seramai 1,231 keluarga menerima daging.
-Terdiri daripada 15 ekor lembu dan 9 ekor kambing.
-Pembahagian daging merangkumi kawasan Sabah iaitu daerah Sandakan dan Kudat. Serta Selangor, didaerah bangi.
6️⃣ SEJUK BEKU
- Seramai 9,129 keluarga menerima daging.
-Terdiri daripada 163 ekor lembu.
-Pembahagian daging merangkumi kawasan Gaza, Idlib dan Aleppo.
- 6,000 keluarga di Gaza telah menerima manfaat daripada daging sejuk beku. selebihnya di Idlib dan Aleppo.
.
🌙 Kemeriahan Hari Raya Aidil Adha menjadi lebih bermakna dengan pengertian pengorbanan yang dapat difahami oleh setiap insan dan manfaatnya juga dapat dikongsikan bersama mereka yang memerlukan.
🌙 Jutaan terima kasih dan penghargaan kepada semua peserta dalam menjayakan kempen pada kali ini. Semoga pelaksanaan ibadah korban ini mampu mendidik jiwa-jiwa Islam agar lebih bertaqwa kepada Allah SWT.
Laporan oleh,
Wahida
Pegawai Media dan Korporat Aman Palestin Berhad
______________________________________
______________________________________
⚡️DAH READY UNTUK IBADAH KORBAN DAN AKIKAH TAHUN 2020?
.
‼️Jom buat ansuran korban! Hanya RM83 SEBULAN‼️
Hubungi kami di talian di bawah untuk maklumat lebih lanjut:
03-89267019- Pejabat
018 2903013-Cik Nabila
⚡️Salurkan sumbangan anda ke akaun Aman Palestin Berhad:
Bank Islam: 12029010047880
Maybank: 562263010787
CIMB: 8600460353
Atau klik pautan di bawah
https://www.billplz.com/10forsmiles
#AmanPalestin
#JomMenyumbang
#10forsmiles