LAPORAN SUMBANGAN DIHANTAR BAGI KEMPEN RAMADAN BERSAMA PALESTIN 2019

Alhamdulillah dengan izin Allah S.W.T, Ramadan yang lalu pihak Aman Palestin telah berjaya menyampaikan bantuan bernilai RM2,290,775.80 hasil sumbangan penyumbang dari pelbagai pelusuk negara untuk diagihkan khasnya kepada rakyat Palestin dan Syria bagi kempen Ramadan Bersama Palestin yang bermula pada bulan Mac sehingga Jun 2019 yang lalu.

Kempen Ramadhan bersama Palestin bagi tahun 2019 telah berjaya dihantar ke beberapa lokasi terpilih iaitu di Gaza, Syria, Jerusalem, Hebron, Lubnan dan Malaysia. Aman Palestin mengambil inisatif untuk menyampaikan bantuan dalam bentuk sumbangan berbuka puasa, sahur, Imarah Masjid Al-Aqsa, sumbangan duit raya dan bantuan untuk Syria.

Berikut merupakan jumlah sumbangan yang diagihkan mengikut lokasi yang telah ditetapkan:

1.GAZA - RM658,152.00

2.SYRIA - RM622,505.50

3.JERUSALEM - RM252,000.00

4.HEBRON - RM294,00.00

5.LUBNAN - RM419,118.30

6.MALAYSIA - RM45,000.00

Melihat kepada kesengsaraan yang ditanggung oleh rakyat Palestin dan Syria, amatlah bermakna setiap nilai yang kita disumbangkan. Jutaan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat. Semoga dengan usaha kita yang tidaklah seberapa ini menunjukkan sokongan serta tanda solidariti kepada rakyat Palestin bahawa mereka tidaklah berjuang sendirian.

 

Salurkan sumbangan anda ke akaun Aman Palestin Berhad:

Bank Islam: 12029010047880

Maybank: 562263010787

CIMB: 8600460353

 

Atau Hubungi kami di talian

03-89267019- Pejabat 

018 2903013-Cik Nabila

 

#AmanPalestin

#JomMenyumbang 

#RamadanBersamaPalestin

© Hakcipta Terpelihara 2024, Aman Palestin