Majlis Perbandaran Israel Arah Roboh Masjid

Mohd Qutaibah Ismail | 13 Januari 2022, 08.39 AM  

BAITUL MAQDIS - Majlis Perbandaran Israel semalam mengeluarkan keputusan untuk merobohkan sebuah masjid di kawasan penempatan Isawiyya bahagian Timur Baitul Maqdis.

Menurut  wartawan WAFA di Baitulmaqdis, majlis perbandaran telah memberitahu penjaga Masjid Al-Taqwa yang masih sedang dalam pembinaan mengenai arahan arahan untuk meroboh itu.

Arahan majlis perbandaran menyatakan bahawa masjid yang sedang dibina di kawasan seluas kira-kira 300 meter persegi itu mesti dirobohkan dalam tempoh 15 hari dari tarikh keputusan dikeluarkan, dengan alasan tidak mempunyai lesen.

Kakitangan majlis perbandaran, pada 3 Januari lalu telah menyerbu dan  meletakkan notis untuk menghentikan kerja-kerja pembinaan di masjid itu. - WAFA

 

© Hakcipta Terpelihara 2024, Aman Palestin