Perbandaran Israel paksa warga Palestin merobohkan rumah sendiri di Silwan

Abiidah Fadzlan Shahidi | 12 Februari 2022, 7.00 AM

BAITUL MAQDIS  – Seorang warga Palestin dari kejiranan Baitulmaqdis di Silwan merobohkan rumahnya sendiri semalam selepas dia dipaksa oleh Majlis Perbandaran Israel Baitulmaqdis Barat untuk mengelak daripada membayar denda yang terlalu tinggi jika pihak perbandaran sendir merobohkannya.

Mahmoud Abu Diab berkata kepada wartawan WAFA bahawa dia terpaksa merobohkan rumahnya sendiri dkerana tekanan daripada Majlis Perbandaran Israel dengan alasan ia dibina tanpa permit.

Beliau tidak mempunyai pilihan selain merobohkan rumah itu untuk mengelak daripada membayar kos perobohan yang tidak munasabah kepada Majlis Perbandaran Israel.

Penduduk Palestin di Baitulmaqdis tidak mempunyai pilihan selain membina rumah tanpa permit kerana mustahil untuk mendapatkan permit bangunan berikutan Majlis Bandar Raya berhaluan kanan Israel cuba untuk mengehadkan bilangan penduduk Palestin di bandar itu sambil menambah bilangan penduduk haram Yahudi.

Menurut kumpulan hak asasi manusia, hampir 75 peratus permohonan untuk mendapatkan permit oleh warga Palestin Baitulmaqdis ditolak Majlis Perbandaran sehingga memaksa ramai warga Palestin membina rumah tanpa mendapatkan permit yang juga turut berisiko dirobohkan. - WAFA

© Hakcipta Terpelihara 2024, Aman Palestin