Perdana Menteri Shtayyeh gesa Jerman untuk mengiktiraf Negara Palestin

Abiidah Fadzlan Shahidi | 12 Februari 2022, 7.35 AM

RAMALLAH  – Perdana Menteri Palestin, Mohammad Shtayyeh petang Khamis lalu menyeru Jerman agar mengiktiraf negara Palestin.

Beliau berkata semasa mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar Jerman, Annalena Baerbock di Pejabat Perdana Menteri (PMO) di Ramallah. Shtayyeh mengulangi gesaan agar Jerman menyokong proses perdamaian Palestin-Israel yang telah lama terhenti dan penyelesaian dua negara melalui pengiktirafan negara Palestin.

Beliau memperbaharui gesaannya agar Jerman memberi tekanan kepada Israel untuk menghormati semua perjanjian yang ditandatangani, supaya proses perdamaian dapat dikembalikan, sambil menegaskan kepentingan  menjayakan proses perdamaian . Pelaksanaan proses perdamaian merangkumi rujukan yang jelas, melakukan langkah membina kepercayaan dan jujur serta mempunyai jangka masa panjang.

Shtayyeh menyalahkan keadaan politik dan ekonomi yang semakin merosot berikutan penjajahan rejim Israel, termasuk sekatan pergerakan yang ketat dengan sekatan jalan yang kompleks, serbuan harian, pengepungan Gaza yang berterusan dan memisahkan Baitulmaqdis dari seluruh Tebing Barat. - WAFA

© Hakcipta Terpelihara 2024, Aman Palestin