Pertemuan Dengan Israel Pengkhianatan Kerajaan Pihak Berkuasa Palestin

Rusydan Yusup | 24 Januari 2022, 9.55 PM

GAZA - Jurucakap Gerakan Hamas, Abdel Latif Al-Qanou berkata bahawa pertemuan Hussein al-Sheikh, penasihat Mahmoud Abbas dengan Menteri Luar Israel, Lapid, selepas pertemuan antara Mahmoud Abbas dengan Menteri Pertahanan Israel, Benny Gantz sebelum ini, mencerminkan kejatuhan imej kerajaan pimpinan Pihak Berkuasa Palestin (PA).

Al-Qanoua menegaskan dalam satu kenyataan akhbar hari ini, bahawa siri pertemuan pimpinan Fatah dengan rejim Israel merupakan suatu tindakan yang tidak masuk akal dan merupakan pengkhianatan terhadap pengorbanan rakyat Palestin.

Al-Qanou menyeru agar PA segera menamatkan pertemuan rutin yang memalukan dengan rejim Israel dan pimpinan mereka.

© Hakcipta Terpelihara 2024, Aman Palestin