Polis Sita 10 Pos Pemeriksaan di Sheikh Jarrah

Abiidah Fadzlan Shahidi | 8 Mac 2022, 8.14 AM

HAIFA - Polis Israel telah menyita semua 10 pos pemeriksaan semalam di bahagian barat kejiranan Sheikh Jarrah dan Baitulmaqdis Timur berikutan petisyen yang telah dibuat oleh sebuah organisasi hak asasi manusia, Adalah kepada Mahkamah Agung Israel yang difailkan semalam, menurut kenyataan akhbar Adalah.

Sepanjang bulan lepas, sejak Ahli Parlimen Israel, Itamar Ben-Gvir dari Parti Agama Zionis sayap kanan menubuhkan pejabat sementara di Sheikh Jarrah, polis telah membina kira-kira 10 pos pemeriksaan di dalam dan sekitar kawasan kejiranan. Pos pemeriksaan itu berfungsi menghalang kemasukan rakyat Palestin dan penyokong lain yang berjuang menentang pengusiran paksa keluarga pelarian Palestin di Sheikh Jarrah. Dalam masa yang sama pendatang haram Yahudi dibenarkan terus bergerak dengan bebas.

"Penyitaan secara tiba-tiba pos pemeriksaan itu menunjukkan bahawa tindakan polis adalah menyalahi undang-undang di sisi Mahkamah. Adalah mengemukakan petisyen itu selepas membuat tuntutan untuk mengalihkan pos pemeriksaan yang diketahui polis suatu ketika dahulu. Bagaimanapun, polis terus menyalahgunakan kuasanya dari semasa ke semasa, dan berundur hanya apabila perkara berkenaan sampai ke mahkamah. Polis harus menegakkan undang-undang, bukan secara terancang melanggarnya sebagai bentuk penindasan terhadap hak penduduk Palestin di Baitulmaqdis Timur,” kata Adalah dalam responnya terhadap tindakan polis itu. - WAFA

© Hakcipta Terpelihara 2024, Aman Palestin