RAKYAT ISRAEL TURUT BANTAH RAMPASAN TANAH SYEIKH JARRAH

13 April, 2021

Puluhan aktivis dan rakyat Palestin, Israel membantah keras usaha kerajaan haram Israel merampas tanah Syeikh Jarrah yang terletak di timur Baitulmaqdis. Perhimpunan bantahan tersebut dilakukan pada 9 April yang lalu bertujuan untuk mendesak kerajaan haram Israel menghentikan usaha rampasan tanah Syeikh Jarrah.

 

Tujuan rampasan tanah tersebut tidak alin adalah untuk memperluaskan lagi tanah jajahan Israel dan menempatkan penduduk-penduduk haram Israel dengan jumlah yang besar. Cadangan untuk membina memorial askar Israel yang terkorban ketika Perang 6 Hari 1967 turut dicadangkan ke mahkamah Israel bagi meluluskan projek tersebut.

 

Syeikh Jarrah merupakan satu kawasan yang amat penting bagi penempatan rakyat Palestin di Baitulmaqdis. Ia terletak di Old City dan meliputi seluas 200 ekar yang mampu memuatkan lebih 2,800 kediaman yang menempatkan keluarga-keluarga Palestin yang terselamat daripada peristiwa Nakbah 1948.

 

Sumber: Middle East Monitor

© Hakcipta Terpelihara 2021, Aman Palestin